Dalam ilmu bekam ada tarikh, hari dan masa yang baik untuk berbekam. Tarikh baik untuk berbekam adalah berlandaskan hadith riwayat Abu Hurairah maksudnya "Sesiapa yang berbekam pada 17,19.21 haribulan (Hijrah) maka itu adalah hari yang menyembuhkan segala penyakit".
Hari yang baik juga ada diperkatakan dalam hadith riwayat Ibnu Majjah yang bermaksud "Berbekamlah kamu pada hari Isnin,Selasa dan jangan kamu berbekam pada hari Rabu"
Manakala waktu baik berbekam pula Ibnu Sina menyatakan bahawa setelah gelincir matahari (pukul 2 petang hingga 3 petang), kerana waktu itu saluran darah mengembang sehingga toksin mudah dikeluarkan.
Namun menurut Ibnu Qayyim pemilihan waktu dan hari untuk berbekam adalah semata mata untuk mencari afdalnya, juga bagi menjauhi penyakit dan untuk memelihara kesihatan bagi mereka yang sehat.
Adapun untuk mengubati penyakit sekiranya diminta atau diperlukan maka wajib bagi orang yang mengetahui melakukannya (tidak mengira hari, waktu atau masa) Ini juga adalah pendapat daripada imam Sayuti RA
Sering juga ada yang berfahaman berbekam dan menderma darah adalah dua kaedah yang sama iaitu mengeluarkan darah daripada badan, hakikatnya ia adalah berbeza. Berbekam adalah penyedutan keluar darah dari kapilari (saluran lapisan kulit), mengeluarkan toksid dan kotoran sahaja tidak mengeluarkan sel darah putih dan ia juga mengeluarkan zat besi berlebihan.
Manakala derma darah adalah kaedah mengeluarkan darah dari salur arteri yakni saluran yang ke jantung. Mengeluarkan semua kandungan bendalir (sel darah putih dan merah) dan juga mengeluarkan mineral dan zat besi dari tubuh.
Kesimpulannya berbekam adalah satu sunah Rasulullah SAW, satu kaedah rawatan yang harus kita contohi selaras dengan hadis daripada Ibnu Mas'ud "Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda "Sesungguhnya aku telah melalui beberapa kumpulan malaikat pada malam aku di Isra' oleh Allah Taala dan mereka telah berkata : Wahai Muhammad suruhlah umat Mu berbekam".