Minyak Zaitun
Ramai diantara kita tidak tahu bahawa minyak zaitun adalah antara makanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk penjagaan kesihatan luaran dan dalaman.
Maksud hadis yang diriwayatkan daripada Abu Asid R.A menceritakan: "Rasulullah SAW bersabda 'Makanlah buah zaitun dan berminyaklah dengannya kerana ia dari pohon yang diberkati.
Kelebihan pohon zaitun juga disebut dalam Al Quran. Zaitun disebut oleh Allah dalam sumpah-Nya: Maksudnya \: "Demi buah tin dan zaitun dan gunung Tursina serta negeri (Makkah) Yang aman ini" (surah At-Tin 95: 1-3)
Ini menunujukkan bahawa kita digalakkan memanfaatkan pokok zaitun dan buahnya sama ada sebagai makanan atau untuk kegunaan lain termasuklah dalam bidang pengubatan kerana zaitun disebut oleh Al Quran dan as-Sunnah sebagai pokok yang barakah, yakni banyak manfaatnya.
Minyak zaitun terdiri daripada unsur minyak yang dinamakan ESTER dengan peratusan 97% dan unsur minyak lain. Akan Tetapi , didalamnya juga mengandungi FOSFOR dan pelbagai enzim. Minyak zaitun juga mengandungi berbagai vitamin A,B dan C serta berbagai unsur aromatik yang memberi aroma dan rasa yang khas. Minyak zaitun mengandungi sebilangan kecil mineral besi magnasium dan kalsium.
secara umumnya asid lemak dalam minyak zaitun terbahagi kepda dua bahagian iaitu :
a. asid lemak tidak tepu dangan tahap 70% - 80%. ( mudah cair pada suhu normal)
b. Asid Lemak tepu dengan tahap 8% -10% ( (mudah menjadi padat pada suhu normal)
Analisis kimia menunjukkan bahawa minyak yang berasal dari biji zaitun lebih kaya dengan asid linoleat sedangkan minyak yang berasal daripada isi buah zaitun lebih kaya dengan asid oleat.
Antara khasiat minyak zaitun :
- Dapat mengurangkan pengambilan lemakdalam diet harian.
- Baik untuk penghidap lelah,asma,semput.
- Membekal vitamin E untuk kecantikan kulit dan rambut.
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan anti kanser
- Menhindari penyakit berkaitan masalah jantung.
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu.
- Menyeimbangkan metabolisme dan pertumbuhan tulang
- Digunakan untuk terapi urutan.
- Menstabilkan asid lemak dan kolestrol dalam badan.
Cara penggunaan dan cadangan :
- Mencampurkan dalam masakan seperti salad.
- pengambilan secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.
SELAMAT MENCUBA MAKANAN SUNNAH....SIHAT DAN BERKHASIAT
`