Nabi SAW bersabda:
1. “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”
2. “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”
3. “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”
4. “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”
5. “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk)”
6. “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”
7. “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”
8. “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”
9. “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”
10. “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”
11. “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”
12. “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”
13. “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”
14. “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”