Welcome to our Klinik Bekam Reflex website

Klinik Bekam Reflex menyediakan perkhidmatan rawatan secara bergerak ke lokasi anda .....

Sunday, 3 July 2011

Bekam Reflex Slideshow

Bekam Reflex Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ Bekam Reflex Slideshow ★ to Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

TITIK-TITIK BEKAM



Nabi SAW bersabda:

1.      “Jibril telah memberitahu aku bahawa hijamah adalah ubat yang paling bermanfaat bagi manusia.”

2.      “Ubat yang termujarab untuk pengubatan kamu semua adalah hijamah dan qusthul bahri (kayu hindi, sejenis kayu yang selalunya digunakan untuk ubat dan pewangi).”

3.      “Jika ada kebaikan dalam ubat yang kamu gunakan, maka hal itu adalah hijamah.”

4.      “Dalam hijamah mengandungi ubat penyembuh.”

5.      “Sungguh hal terbaik yang kamu semua pergunakan untuk pengubatan adalah hijamah dan qusthul bahri. Maka janganlah menyeksa anak-anak kamu dengan ghumz (menekan anak tekak yang sakit pada kerongkong anak dengan telunjuk)”

6.       “Kesembuhan ada pada tiga hal; membelah kulit demi hijamah, meminum madu dan membakar dengan api hanya saja aku larang pada umatku dari membakar dengan api.”

7.      “Hijamah ialah ubat terbaik untuk digunakan terapi oleh manusia.”

8.      “Sungguh dalam hijamah terdapat kesembuhan.”

9.      “Barangsiapa yang mengalirkan sebahagian darah ini (hijamah) maka tidak membahayakannya selama tidak mengubati sesuatu dengan sesuatu.”

10.  “Hijamah mengandung ubat dan kebarkahan serta menambah kuat hafalan dan pemahaman.”

11.  “Pada malam aku diisra’kan, aku tidak melewati sekelompok malaikat kecuali meraka mengatakan: Hai Muhammad, gunakanlah hijamah.”

12.  “Sebaik-baik ubat yang dapat kamu semua gunakan penyembuhan adalah hijamah.”

13.  “Jika darah salah seorang kamu bergejolak maka lakukanlah hijamah. Kerana darah dapat membunuh seseorang jika bergolak dalam dirinya.”

14.  “Jika saja ada sesuatu yang mengandungi penyembuhan, maka dalam sedutan hijamah dan madu.”

Sunday, 19 June 2011

INGIN MENJADI PEMBEKAM?

Tempahan kursus intensif untuk menjadi pembekam sebagai kerjaya sepenuh masa atau sambilan. Kursus dianjurkan oleh Klinik Bekam Reflex beralamat di No. 12, Jalan Meranti Putih, Taman Desa Permai 2, Meru, 41050 Klang, Selangor. Berminat sila hubungi  019-2996727. Kursus akan disampaikan oleh Syifu Norhisham Rabat Hassan.

Apa yang anda bakal dapat melalui Kursus ini:

* Teori & Praktikal Bekam;
* Cara menganalisis penyakit;
* Sijil Penyertaan;
* Buku dan nota Bekam;
* Set Bekam 12 cup

 Makan dan minum disediakan


Perkara-perkara Asas Sebagai Pembekam
  • Mengetahui berbagai jenis penyakit sama ada akut, sub akut, kronik atau degeneratif
  • Mengetahui sedikit sebanyak fungsi ubat daripada sumber alamiah atau moden (sintetik)
  • Mampu diagnosis penyakit, tanda-tanda yang ada pada pesakit dengan cara Naturopati, Iridologi, analisis saraf tapak tangan, perubatan tradisional, terapi hipnosis, kiropraktik,terapi warna, refleksologi, akupresure dan sebagainya sebelum dibekam
  • Mampu mengawal dan menstabilkan mental, emosi dan jiwa pesakit
  • Mampu berkomunikasi dengan pesakit serta keluarganya dengan cara berbincang
  • Ikhlas dan tidak putus asa di dalam merawat pesakit
  • Teliti ketika memeriksa pesakit
  • Menjalani latihan secara formal dengan bimbingan daripada mereka yang berpengalaman
  • Jangan bekam orang sekiranya diri sendiri belum dibekam
  • Kemahiran pembekam ketika menggunakan peralatan bekam

TESTIMONI

 Selepas Bekam

Saturday, 18 June 2011

KENAPA KITA HARUS BERBEKAM

Sel darah merah di dalam tubuh kita akan mati selepas 3 bulan. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum dikumuhkan.

Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh. Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.

Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan, murung, mudah mengantuk dan mudah pitam.
"Dengan ringkasan diatas, dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah.



Nabi SAW bersabda: “Sungguh tanggal yang terbaik untuk melakukan hijamah adalah tanggal 17, 19 dan 21.”



Rasulullah SAW melakukan hijamah pada tanggal 17, 19 dan atau tanggal 21.”



Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang melakukan hijamah dari suatu bulan tepat tanggal 17, 19 atau 21 maka baginya ubat dari segala penyakit.”



Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin melakukan hijamah maka hendaknya ia memilih tanggal 17, 19 dan atau 21.”


Bekam adalah perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang diamalkan sejak zaman dahulu kini di modenkan mengikut kaedah ilmiah dan efektif tanpa memberikan kesan sampingan.

Bekam adalah suatu proses membuang darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal daripada pencemaran udara, mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat pewarna, zat pengembang, penyedap rasa, pemanis, racun dari sayuran dan sebagainya.
Bekam adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan mujarab serta tiada kesan sampingan.
Berbekam juga sangat bermanfaat untuk mengubati orang yang keracunan makanan, bisa dan sejenisnya.

AMALAN BERBEKAM MENINGKATKAN KUALITI KESIHATAN DIRI

Bagi individu diluar sana yang sering mengamalkan perubatan bekam sunnah, anda pasti menyedari bahawa kualiti kesihatan badan anda akan terasa meningkat dari masa ke semasa. Berbekam secara umum adalah proses penyahtoksidan badan melalui pengeluaran darah kotor, jadi jika kita kerap berbekam, maka semakin hari semakin kuranglah kandungan toksid dalam darah dan dalam masa yang sama semakin banyak penghasilan sel darah merah yang baru serta sel darah putih yang menyumbang kepada peningkatan antibodi dalam badan amnya...inilah namanya mukjizat bekam...

Ini adalah satu berita baik untuk penderita penyakit kencing manis, amalan berbekam sebulan sekali amatlah bagus bagi mereka kerana kandungan gula dalam saluran darah agak berkurangan sejurus selesai proses berbekam. Bagi orang yang sihat pula, selagi mereka konisisten berbekam sebulan sekali, maka ia akan dihindari dari terkena penyakit kencing manis diusia tua nanti, insyaAllah